Panduan Pengasuh Beri Bayi Susu
Ibu bapa mana yang tidak keberatan untuk meletakkan anak mereka dibawah penjagaan pengasuh kanak-kanak terutamanya yang masih bayi. Hati ibu yang terpaksa kembali berkerja pasti risau dan bimbang oleh kerana memikirkan bayi mereka lebih-lebih lagi buat ibu yang mahukan bayi mereka minum susu perahannya.
Tambahan lagi berlaku banyak kes-kes yang tidak diingini membuatkan ibu bapa menjadi lebih bimbang. Namun, jangan dikhuatiri keadaan itu berlaku. Kerana anda boleh menentukan pengasuh mana yang layak untuk menjaga bayi anda. Apakata sertakan atau tanya mereka teknik-teknik yang digunakan dalam memberi susu perahan ibu.
Kepada ibu bapa, berikut adalah panduan yang boleh diteliti dan disemak oleh anda untuk memastikan anak anda dalam selamat semasa diberi SIP.
- Pertama sekali adalah elakkan pengasuh memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian
- Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
- Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
- Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
- Jangan sesekali tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.
- Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
- Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada di dalam botol.
- Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.
- Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan, lebih banyak SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawl keadaan bayi yang mungkin kerap meragam.
Oleh:Imah Mingguan Wanita
Post a Comment