Header Ads

Mahu Kurus, Terjejaskah Bayi?

Jika anda ingin mengurangkan berat badan tanpa menjejaskan penghasilan susu, berikut merupakan beberapa panduan penting;

Tangguh diet sehingga bayi dua bulan
  • Tunggu sehingga bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini agi memastikan tubuh diberi peluang untuk menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas ketika anda cuba berdiet. Perlu diingat bahawa apabila menyusukan bayi, anda kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet)\

Susukan secara kerap dan tanpa had
  • Kajian membuktikan penyusuan susu ibu yang dilakukan dengan kerap, tanpa had dan diteruskan sehingga lebih daripada enam bulan dapat mengurangkan berat badan.=

Kalori sehari: 1500-1800
  • Ketika tempoh penyusuan susu ibu, anda seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Ada juga sesetengah wanita memerlukan lebih daripada itu. Pelu diingat bahawa kajian membuktikan sekirannya pengambilan yang kurang daripada jumlah yang disyorkan, boleh menjejaskan penghasilan susu.

Berat hilang tidak lebih 0.7kg seminggu
  • Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

Kurangkan kalori beransur-ansur
  • Apabila kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, itu akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketarav ketika anda sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas)

Senaman ringan
  • Langkah ini memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.

Pemakanan sihat
  • Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya.

Oleh:Imah Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.