Blueberry Yogurt Cheese Tart
Bahan - bahan untuk tart crust:
170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan tart crust :
1. Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan pukul lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung juga kepada kelembutan doh.
5. Kalau nak crust lebih rapuh & best, wrap doh dgn cling wrap. Pastu biar seketika dlm fridge.
6. Canai doh nipis. Pastikan besar doh yang dicanai itu melebihi saiz acuan.
7. Angkat doh & letakkan ke dalam acuan. Kemaskan & trim lebihan doh tadi.
8. Cucuk2 permukaan doh dengan garfu. Bakar sehingga masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit (bergantung kepada oven).
9. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan sejuk di atas redai. Sedia untuk digunakan.
Bahan - bahan untuk adunan cheese:
125g cream cheese - suhu bilik
137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream - pukul hingga kental dan bertanduk (soft peak)
1/2tbsp + 1/2tsp gelatin halal
2tbsp air panas
Blueberry filling secukupnya - untuk hiasan
**Sukatan boleh digandakan sekiranya menggunakan acuan yang besar
Cara Penyediaan :
1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
2. Masukkan yoghurt. Gaul rata.
3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air panas. Biarkan 5 minit hingga kembang. Jikalau gelatin masih lagi berketul, cairkan menggunakan microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Biarkan hingga ia suam.
4. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
5. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan. Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. Kaup balik rata-rata.
6. Tuangkan adunan cheese ke dalam loyang berisi tart crust.
7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih. Elok dibiarkan semalaman.
8. Setelah keras, hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia untuk dinikmati.

Post a Comment